UMNO Kecewa PAS Ingkat Perjanjian, Tidak Menggunakan Lambang Parti Sendiri

Maka kita berharap pemimpin PAS juga menghormati ketetapan parti UMNO tidak bersama dengan PPBM. Sesungguhnya UMNO tidak pernah berhasrat mendesak atau mengugut PAS supaya tidak bersama PPBM. Setiap parti politik ada dasar serta perancangan tersendiri dan bebas merencanakannya.

Bagi UMNO setiap dasar dan perencanaan politiknya tidak pernah tersasar dari landasan agama, bangsa dan negara. Benar beberapa hari lalu UMNO membangkitkan tentang ketetapan yang pernah dibuat oleh Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional.

Iaitu keputusan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional pada mesyuarat 19 Oktober 2020 dan 18 November 2020. Perkara itu diungkapkan semula dalam agenda meneruskan persefahaman bersama PAS bagi berdepan PRN Melaka.

Walaupun UMNO sedari awal telah bersedia untuk mengharungi PRN Melaka dengan keadaan apa sekali pun dibawah panji BN. Asas persefahaman dengan PAS iaitu berpandukan kepada prinsip PAS akan menggunakan lambang partinya sendiri.

Bagaimanapun pimpinan PAS tampak tidak berminat memenuhi ketetapan Muafakat Nasional itu kerana mahu bersama PPBM. Meskipun ia bermakna PAS perlu menggunakan logo PN seperti yang dikehendaki PPBM ke atas mereka.

kredit tun carlos

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*