Video Sebak Kanak-Kanak Pimpin Tangan Ibu Buta Di Bank Tarik Perhatian

Menjadi lumrah apabila kanak-kanak yang masih kecil masih berlari-lari, bermain bersama kawan-kawan di taman permainan. Namun tidak bagi seorang kanak-kanak yang viral di laman sosial media apabila menggalas tugas menjaga ibu cacat penglihatan walaupun masih kecil lagi. Seperti video yang dikongsikan ini, kita dapat lihat kanak-kanak ini memimpin tangan ibunya keluar dari bank.

Video pendek yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Hezry Hashim memaparkan seorang wanita yang mengalami masalah penglihatan bersama anak perempuannya berada di bank untuk menyelesaikan beberapa urusan.

Tetapi apa yang lebih menarik perhatian adalah tindakan spontan kanak-kanak tersebut yang memimpin dan memegang erat tangan si ibu untuk keluar dari premis berkenaan. Meskipun usianya masih kecil tetapi kanak-kanak ini sudah menunjukkan sikap yang matang dan bertanggungjawab membantu si ibu.Video tersebut telah mendapat hampir 300k tontonan.

Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen mengakui terharu dan bangga melihat aksi kanak-kanak tersebut. Tidak kurang juga, ada yang menyifatkan kanak-kanak ini seorang yang bertanggungjawab kerana sudi membantu si ibu meskipun usianya masih kecil. Mereka turut mendoakan agar kedua beranak ini dipermudahkan segala urusan.

kredit Sirap Limau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*