Video sedih frontliner bertakbir di kubur sementara menanti jen4zah lain sampai

Pengorbanan setiap insan dalam menyambut Aidiladha pasti berbeza dengan situasi pandemik yang kian melanda di seluruh negara ini. Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial apabila dilihat petugas barisan hadapan melaungkan takbir raya di tepi pusara ketika bertugas menguruskan jen4zah COVID-19.

Sekumpulan petugas barisan hadapan dilihat sayu apabila melaungkan takbir raya beramai-ramai dalam peralatan kelengkapan pelindung diri (PPE). Video menyentuh perasaan berdurasi 57 saat itu mendapat satu juta tontonan di laman media sosial TikTok.

Perkongsian Mohd Z Affendi Zakaria itu menjelaskan mereka melakukan takbir raya di tepi pusara sementara menunggu jen4zah COVID-19 yang berikutnya untuk dikebumikan. Rata-rata warganet turut meluahkan rasa sedih dan sebak apabila bacaan tersebut dilaungkan dan berterima kasih kepada ‘frontliners’ yang sentiasa bertugas demi negara.

  • “Menitis air mata saya melihat ini,” kata seorang warganet.
  • “Terima kasih frontliners semoga kalian sihat selalu,” ucap warganet.

kredit zayan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*