Video Wanita Hadir Ke Majlis Perkahwinan Bekas Teman Lelaki, Siap Bawak Hadiah Wang Lagi Undang Pujian

Bukan mudah untuk berhadapan bekas kekasih yang kini menjadi milik orang lain. Sekian lama menjalin cinta, akhirnya putus di pertengahan jalan dan masing-masing membawa haluan sendiri.

Kemampuan untuk tetap berkawan selepas hubungan berakhir pastinya memerlukan kekuatan yang luar biasa sepertimana yang dilakukan oleh seorang wanita di Indonesia yang hadir memberikan jambangan wang tunai kepada isteri bekas kekasihnya sendiri ketika hari persandingan mereka.

Menurut portal Suara.com, wanita itu telah hadir ke majlis berkenaan bersama pasangan barunya. Menerusi video dikongsikan @sri_mstf, kelihatan wanita berkenaan berbaju sedondon dengan seorang lelaki dan membawa satu gubahan wang tunai yang terdiri daripada kepingan wang bernilai IDR10,000 yang disusun menjadi jambangan besar.

Dia kemudiannya menyerahkan jambangan hadiah itu kepada pengantin perempuan sebelum bersalaman dengan kedua-dua mempelai tersebut. Setakat ini, video berkenaan telah mendapat lebih 13 juta tontonan dan 1 juta tanda suka. Ramai penonton yang memuji tindakan wanita tersebut yang tampil meraikan hari bahagia bekas pasangannya.

kredit siakap keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*