Connect with us

Islamik

Wahai Lelaki, Berlaku Lembutlah Terhadap Wanita, Hargai Mereka

Published

on

MEMBACA kisah suami memukul isteri amat mendukacitakan. Sebabnya, kita juga ada adik beradik perempuan, anak perempuan dan saudara perempuan. Kita bimbang mereka juga menjadi mangsa kekerasan suami. Bimbang mereka patah riuk atau cedera penangan panas baran si suami. Manusia apabila dikuasai rasa marah hilanglah kewarasan. Sedangkan, Allah menjadikan isteri itu sebagai teman untuk berkasih sayang dan menenteramkan jiwa. (rujuk ar-Ruum: 21).

Isteri adalah amanah kepada suami. Sejurus ijab kabul, maka segala tanggungjawab yang dipikul oleh wali sebelum itu berpindah kepada suami. Pendek kata, suamilah tempat isteri bergantung harap terutama dalam bab ilmu agama bagi membimbing isteri dan anak-anak mencapai bahagia dunia dan syurga Allah di akhirat.

Memukul isteri dibenarkan oleh Islam bagi tujuan me­ngajar. Ini dikhaskan kepada isteri yang nusyuz atau derhaka. Nusyuz itu pula apabila mereka mengingkari perintah suami dalam perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan syarak.

Contohnya, enggan solat walaupun telah dinasihatkan berulang-kali atau keluar rumah tanpa izin suami. Malangnya, dalam masyarakat kita, kes-kes memukul isteri ini selalunya bukan sebab perlanggaran hukum Allah sebaliknya kerana pertengkaran dan perselisihan faham.

Keharusan memukul isteri itu datang dengan syarat yang perlu dipatuhi. Sebenarnya, ini adalah jalan terakhir setelah segala proses mendidik, memujuk dan menasihat gagal. Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: “…dan perempuan-perempuan Yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar.” (al-Nisa’: 34)

Jelas daripada ayat tersebut langkah pertama yang perlu diambil oleh suami apabila didapati isterinya nusyuz adalah:

1. Menasihati dengan sepenuh daya dan usaha dan jika masih berdegil maka hendaklah…,

2. Pulaukan di tempat tidur dan jika masih berdegil maka,

3. Yang terakhir barulah dipukul. Itu pun dengan pukulan yang ringan bertujuan memberi pengajaran.

Demikian yang diajar dalam Islam yang memang menitikberatkan soal pencegahan dan pengubatan. Islam meletakkan kaedah memukul isteri itu pada kaedah yang terakhir setelah tidak ada jalan lagi untuk menyelesaikan segala konflik yang berlaku dalam rumah tangga.

Waima situasi itu pun, Islam masih menyarankan agar dipukul dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut supaya tidak menyakitkan si isteri. Ini kerana tujuan pukulan itu adalah untuk memberi kesedaran.

Dalam keharusan memukul isteri, suami dilarang memukul pada wajah dan tidak boleh memukul sehingga me­nimbulkan bekas atau membahayakan isteri. Isteri yang kita nikahi atas dasar suka sama suka dan cinta mencintai itu bukanlah punching bag untuk kita lepaskan kemarahan.

Resmi hidup berumahtangga, akan berlaku salah faham. Namun, kita perlulah bijak mencari jalan penyelesaian de­ngan baik melalui komunikasi dua hala yang berkesan de­ngan isteri. Jangan lupa, masing-masing ada kelemahan tetapi hendaklah melihat kepada persamaan yang ada pada suami isteri. Suami isteri itu sifatnya adalah saling melengkapi. Dengan cara itu, kehidupan berumah tangga akan bahagia dan kekal hingga ke syurga, insya-Allah.

Hargailah isteri kerana merekalah tempat menumpang kasih sayang. Mereka jugalah insan yang melahirkan zuriat yang sanggup bersama-sama suami dalam waktu susah dan senang. Adapun suami yang menjadi idaman adalah mereka yang boleh membimbing isteri dan anak-anak ke jalan kebaikan, Barulah rumah tangga bahagia dikelilingi anak-anak yang soleh sehingga digelar ‘rumahku syurgaku’.

Jika takdirnya tiada lagi jodoh, jangan dipukul atau dicederakan isteri. Sebaliknya pulangkan mereka de­ngan baik sebagaimana mula-mula menyunting mereka sebagai suri hati dahulu. Ingatlah sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesempurna iman orang mukmin ialah yang paling baik kelakuannya, dan yang paling lembut terhadap isterinya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Satu daripada empat wanita mengalami kekerasan dalam rumah tangga (singkatan: KDRT). Wanita muslim diharapkan tidak menyembunyikan hal ini dan membiarkannya begitu sahaja.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Aku katakan bahawa kamu harus memperlakukan wanita dengan baik. Yang terbaik darimu adalah yang memperlakukan isteri-isteri mereka dengan sebaik-baiknya. ”

Hadis tersebut sering diandaikan bagi umat muslim bahawa boleh melakukan kekerasan dalam rumah tangga. Padahal itu salah, malah Nabi berkata, “Jangan memukul perempuan”. Ini tidak hanya isteri, tetapi semua wanita seperti anak dan saudara.,

Nabi juga mengatakan, ketika ditanya tentang kewajiban seorang suami terhadap isterinya, “Siapkan isteri ketika kamu makan, dan sediakan pakaian seperti engkau yang juga berpakaian. Jangan memukul wajahnya dan gunakan bahasa sopan ketika berbicara padanya.”

Dari kutipan di atas jelas bahawa adalah tidak boleh melakukan kekerasan dalam bentuk apa pun kepada isteri. Menulis dari Soundvision, di bawah beberapa penyebab utama berlaku kekerasan terhadap perempuan.

Ekonomi

Faktor sosial dan ekonomi membuat lelaki mudah marah dan emosi yang tidak stabil. Kemarahan akhirnya dilampiaskan kepada isteri. Sama ada dalam bentuk verbal mahu pun fizikal.

Cemburu

Cemburu kepada rakan sekerja lelaki si isteri atau karier isteri yang lebih berjaya. Kedua-dua hal itu membuat suami cemburu dan ketagih rasa marah hingga melakukan kekerasan kepada isteri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

“Jika Kucing Selalu Ganggu Rumah Jiran, Jiran Boleh Buang Kucing Tersebut”

Published

on

“Jika Kucing Selalu Ganggu Rumah Jiran, Jiran Boleh Buang Kucing Tersebut”

Kucing sememangnya amat disukai oleh ramai orang yang membela dan memelihara binatang kesayangan Nabi ini dengan penuh kasih sayang sehinggakan mereka sanggup berhabis wang ringgit hanya semata-mata untuk memastikan haiwan comel ini dijaga dengan baik dan cukup makan segalanya.

Jangan Bela Kucing Jika  Boleh Menyusahkan Orang

Ramai yang mempunyai hobi ini dengan memelihara kucing di rumah yang terkadang ada yang menganggap binatang ini adalah rakan atau sahabat mereka. Melalu kajian ia juga dikatakan mampu menghilangkan tekanan atau stress yang dihadapi oleh mereka yang membelanya.

Walau bagaimanapun, membela haiwan ini juga mempunyai cabaran kerana kini umat Islam telah dinasihatkan jangan sekali-kali membela kucing di rumah sekiranya hobi itu boleh menimbulkan sebarang masalah dalam sesebuah keluarga atau dalam hidup berjiran.

Kucing adalah binatang yang menjadi kesayangan Nabi

Menurut Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata menerusi laporan Berita Harian, pemilik kucing haruslah menjaga haiwan-haiwan peliharaan mereka dengan terurus serta jangan membiarkan ia bebas keluar pergi ke rumah jiran dan membuang najis di situ sehingga menyusahkan jiran tetangga.

Kita wajib memastikan si comel itu tidak akan membuang najisnya merata-rata dan sebaiknya menyediakan tempat pembuangan yang khas agar ia tidak melepas merata-rata di mana saja. Jika perkara itu berlaku mungkin akan terjadi perbalahan atau pertengkaran antara anda dan jiran.

Menurut Mufti Perlis itu lagi, jika kucing seseorang itu pergi dan membuang najis di rumah jiran TIDAK BERDOSA bagi seseorang jiran itu menangkap dan membuang kucing itu ke tempat lain. Ini bermakna tidak menjadi kesalahan bagi seorang jiran yang membuang haiwan peliharaan anda itu selagi mereka tidak menyeksakannya atau mencederakan kucing tersebut.

Mohd Asri juga berkata, tidak ada sebarang hadis yang menyebut Nabi Muhammad menyuruh umatnya memelihara kucing, tetapi baginda mengingatkan supaya jangan menyeksa dan menyakitkan kucing.

Oleh itu, sebagai pecinta kucing anda diwajibkan memeliharanya dengan baik dan perlu menitikberatkan kebersihan serta memastikan haiwan ini tidak akan menyusahkan orang lain terutamanya jiran-jiran yang berdekatan. Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tentang najisnya dan bagaimana cara untuk menghalang kucing anda itu berak merata-rata.

Continue Reading

Islamik

Ibu bukan musllim hadiahkan sebidang tanah kepada 2 anaknya yg Muslim utk buat surau

Published

on

Ibu bukan musllim hadiahkan sebidang tanah kepada 2 anaknya yg Muslim utk buat surau

Kasih ibu tiada tandingannya. Ini kisah hebat dari Kg Gorowot, Kuala Penyu, Sabah. Perbezaan agama tidak menghal4ng seorang ibu Puan Juslian binti Ungkim untuk menghadiahkan sebidang tanah kepada 2 anaknya yang sudah memeluk Islam untuk dijadikan tapak surau.

Surau tersebut yang diberi nama Saad Abi Waqas, diusahakan oleh 2 orang anak lelakinya yang telah memeluk Islam. Bahkan, dia dan suaminya turut membantu kerja-kerja membersih dan meratakan tapak surau.

Kesungguhan Encik Chong Kun Wah, ayah kepada 2 anak yang sudah bersyahadah tersebut bagaimanapun telah mengalami sedikit keceder4an – patah kaki ketika membuat kerja menebang pokok untuk tapak surau ini.

Tahniah! Kepada keluarga ini. Saya dan YADIM bertekad untuk membantu yang termampu agar pembangunan ini dapat direalisasikan. Mari kita sama-sama berdoa agar kedua ibu bapa muallaf ini dikurniakan hidayah oleh Allah suatu hari nanti…

Sumber: Samin Ongki

Continue Reading

Islamik

Innalillahi wainna ilaihiroji’uun… Dunia Islam hilang 9 ulama dalam masa 4 hari

Published

on

Innalillahi wainna ilaihiroji’uun… Dunia Islam hilang 9 ulama dalam masa 4 hari

Innalillahi wainna ilaihiroji’uun… Pada Jumaat lepas (13.11.2020) kita kehilangan 5 orang ulama al-hafizh dari Sudan yang telah men1nggal dunia ak1bat kemal4ngan. Dan semalam, kita kehilangan lagi 4 orang ulama :

  • Sheikh Shahal
  • Sheikh Miqdad
  • Sheikh Alama Ali Halabi
  • Sheikh Abdul Rahman Al Sahim

Sejak Ramadhan tahun ini sahaja kita sudah kehilangan hampir 100 orang ulama dari seluruh pelusuk dunia. Begitulah sunnatullah, semua ulamak ini umpama paku yang menjadi pasak bumi, bila mereka sudah dipanggil mengadap Allah, maka ketahuilah bahawa Qiyamat itu sudah hampir…

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekali gus daripada hamba-Nya, tetapi Dia mencabut ilmu itu dengan memat1kan para ulama, sehingga tiada lagi ulama yang tinggal.

Pada saat itu, manusia akan mengangkat pemimpin daripada kalangan orang yang bod0h. Dan ketika pemimpin itu ditanya sesuatu, maka akan keluar daripadanya fatwa yang tidak berasaskan ilmu sehingga mereka tersesat dan menyesatkan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kredit; Yuhanis Azam

Continue Reading

Trending