Wahai Wanita, Jangan Sesekali Lakukan Perkara Ini Ketika Haid

Darah yang keluar dari alat kelamin perempuan, dalam hal ini adalah darah haid, darah nifas, dan darah istihadhah. Ketiganya memiliki karakteristik masing-masing, dari segi masa dan waktu keluarnya, berikut cara bersuci berdasarkan masing-masing jenis darah.

Seseorang yang telah usai dari masa haid dan nifas harus melakukan mandi janabat, untuk menghilangkan hadas besar. Jika masih dalam masa tersebut, ada beberapa hal yang tidak boleh dilakukan oleh orang yang haid dan nifas, iaitu sebagaimana diterangkan dalam Matan Taqrib Syekh Abu Syuja’ berikut.

ويحرم بالحيض والنفاس ثمانية أشياء: الصلاة والصوم وقراءة القرآن ومس المصحف وحمله ودخول المسجد والطواف والوطء والاستمتاع بما بين السرة والركبة.

Berikut akan dijelaskan di bawah secara ringkas:

Pertama, solat. Bagi Muslimah yang sedang haid atau nifas, selama masa itu dia tidak solat, dan tidak perlu mengganti solat yang ditinggalkan. Jika usai darah haid atau nifas telah berhenti, maka segera mandi wajib, lantas segera menunaikan solat di waktu itu.

Selanjutnya yang kedua adalah berpuasa. Perempuan yang sedang haid mahupun nifas tidak boleh menjalankan puasa, sampai dia sudah suci. Tetapi setelah suci, jika dia meninggalkan puasa wajib, maka dia harus mengganti puasanya sebanyak hari yang ditinggalkan.

Hal ketiga yang dilarang bagi muslimah haid dan nifas adalah membaca Al-Quran. Larangan membaca Al-Quran ini seperti larangan bagi orang yang junub. Dalam beberapa keterangan, jika seseorang perempuan haid hendak melafalkan Al-Quran, hendaknya diniatkan dengan zikir.

Keempat, memegang dan membawa mushaf. Larangan ini sebagaimana dilarang bagi orang yang berhadas kecil, dalam Mazhab Syafi’i.

Kelima, berdiam di masjid. Hal ini juga dilarang bagi orang yang junub. Ditambahkan keterangan dalam Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Madzhabil Imamis Syafi’i bahawa dilarang juga berjalan dalam masjid, jika darah yang keluar dikuatirikan akan menitis di kawasan masjid.

Larangan keenam adalah thawaf. Nabi SAW menyebutkan bahawa persyaratan kesucian thawaf itu sebagaimana solat. Diriwayatkan oleh Imam Al-Hakim, Rasulullah bersabda.

الطواف بالبيت صلاة، إلا أن الله أحل لكم فيه الكلام، فمن تكلم فلا يتكلم إلا بخير

Ertinya, “Thawaf di Baitullah itu (sebagaimana) solat. Kecuali, Allah membolehkan dalam thawaf itu berbicara. Barangsiapa (ketika thawaf) berbicara, maka hendaknya ia mengucapkan hal-hal yang baik.”

Kemudian yang terakhir, adalah bersetubuh, atau hanya istimta’ antara pusat dan lutut. Seorang yang sedang haid dan nifas dilarang sementara untuk bersetubuh, mahupun hanya istimta’ (bersenang-senang) di antara pusat dan lutut. Larangan ini berlaku sampai masa haid atau nifas berakhir. Hal ini disebutkan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 222.

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ

Ertinya, “Mereka bertanya kepadamu tentang mahîdh. Katakanlah, ‘Ia adalah gangguan.’ Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka suci. Apabila mereka telah amat bersuci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepada kamu…”

Demikianlah ibadah-ibadah yang dilarang dilakukan bagi Muslimah yang sedang haid atau nifas. Ketika sudah suci, untuk kembali dapat melaksanakan ibadah-ibadah tersebut, sebagaimana disebutkan, harus dilaksanakan mandi janabat.

Sedangkan bagi perempuan yang mengeluarkan darah istihadhah, maka ia tetap diwajibkan solat dan puasa. Ia berstatus sebagaimana berhadas kecil, dan diwajibkan berwudhu. Wallahu a’lam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*