Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Wanita Ini Berumur 30 Tapi Macam 19 tahun, Jom Baca Rahsia Beliau!

Semua orang pasti menginginkan wajah yang cantik dan menawan. Tambah-tambah lagi bila usia semakin meningkat, bila seri muka secara perlahan-perlahan akan hilang. Apa rahsianya untuk awet muda? Adakah cukup sekadar menghabiskan ribuan ringgit untuk produk kecantikan yang mahal yang belum tentu lagi berkesan.

Wanita zaman dahulu langsung tiada alat kosmetik seperti sekarang. Jadi, untuk cantik mereka hanya mengamalkan petua berasaskan dari alam semula jadi. Namun, tak ramai wanita kini yang sanggup mengamalkan petua ini kerana berasa leceh bila perlu dibuat sendiri.

[wp_ad_camp_1]

Tapi bila lihat perkongsian Afieyza Aleeschaylee rasanya ramai yang akan berubah fikiran.

Mengamalkan susu kunyit badam madu wajahnya tampil berseri dengan kesan ‘pinkish’ yang diidamkan kaum hawa. Petua yang diamalkan itu menurutnya adalah amalan orang tua dulu kala bagi menaikkan seri wajah.

Katanya untuk wajah berseri dari luar, dalamanlah yang perlu dijaga dan dirawat. Salah satu caranya dengan mengamalkan petua ini.

Jom ikuti perkongsian daripada Afieyzea Aleeschaylee

Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.

Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!

Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan

Susu Kunyit Badam Madu

Bahan–bahan yang diperlukan:

[wp_ad_camp_1]
Susu rendah lemak
1 inci kunyit ditumbuk kasar
2 sudu madu
3 biji badam ditumbuk kasar

Cara Penyediaan:
1. Panaskan susu masukkan kunyit hidup
2. Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
3. Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
4. Kacau dan boleh terus diminum.

Amalkan dengan minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan pada waktu datang bulan.

Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.

Sumber: Afieyzea Aleeschaylee via Vanilla Kismis

Add Comment