“Why So Cute?” Aksi Kucing Kantoi Curi Selimut, Ingat Nak Berhenti Rupanya Teruskan Mencuri

“Why So Cute?” Aksi Kucing Kantoi Curi Selimut, Ingat Nak Berhenti Rupanya Teruskan Mencuri

Sebagai pemilik kucing, anda pasti tertanya-tanya adakah haiwan kesayangan anda ini turut berasa sejuk? Hal ini kerana kita jarang dapat melihat keadaan mereka yang kelihatan sedang kesejukan walaupun ruangan tersebut telah dipasang dengan penghawa dingin.

Rupa-rupanya ia adalah kerana bulu yang dimiliki oleh kucing telah pun berfungsi sebagai penebat ketika mereka berada di dalam cuaca yang sejuk. Semakin tebal bulunya, semakin membuatkan haiwan ini kurang rasa sejuk.

Menerusi sebuah video yang tular di laman akaun Twitter iaitu @FXTVT, terdapat seekor kucing yang sempat dirakam sikat nakalnya. Melalui rakaman video perkongsian itu, ia memaparkan kucing yang berwarna gelap tersebut sedang ‘melarikan’ sebuah selimut.

Lebih melucukan apabila haiwan itu menyambung semula tindakan ‘mencuri’ selimut berkenaan meskipun telah terkantoi seolah-olah ia tidak bersalah. Setelah melihat keadaan itu, kebanyakkan warga netizen berasa terhibur dengan gelagatnya di samping terdapat sesetengah daripada mereka yang turut memberikan pujian kepada haiwan berkenaan.

Video yang berdurasi selama beberapa saat itu telah mendapat perhatian ramai sehingga menerima pelbagai reaksi menerusi laman akaun Twitter berkenaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*