Zamani Dedah Kisah Silamnya Yang Sampai Sekarang Dia Menyesal “Kalau Arwah Ibu Masih Hidup, Saya Nak Cium Tapak Kaki Dia”

JIKA sebelum ini mengambil keputusan mengunci mulut, vokalis kumpulan Slam iaitu Zamani baru-baru ini secara terbuka berkongsi menghidap penyakit tulang belakang melengkung atau dikenali sebagai skoliosis berpunca daripada dadah. Pemilik nama sebenar Zamani Ibrahim, 50, membuat pengakuan tersebut menerusi satu rakaman program temu bual sketsa yang disiarkan sebuah stesen televisyen baru-baru ini. Menurut pelantun lagu Syair Si Pari-Pari itu memberitahu mula terjerumus dengan pengambilan dadah sejak di bangku sekolah.

“Saya terus terang cakap. Saya terjerumus dengan dadah sejak di bangku sekolah. Semua dadah daripada yang kurang kuat sampailah yang paling kuat semua saya dah. Andai dapat diputarkan waktu, kalau arwah ibu saya masih hidup.. saya mahu memohon maaf, mohon ampun kepada dia kerana telah memalukan nama keluarga. Saya nak cium tapak kaki dia,” katanya dalam program itu.

Mengakui mengalami ‘kejutan budaya’ ketika mula bergelar anak seni, Zamani memberitahu puncanya adalah kerana dia telah mempunyai duit sendiri. Malah, katanya, duit hasil daripada persembahan ketika itu digunakan untuk menghabiskan masa di kelab malam bersama kawan-kawan.

Dalam perkongsian itu juga, Zamani berharap penonton yang mendengar kisahnya itu boleh menjadikan sebagai pedoman dan pengajaran supaya tidak terjebak dengan perkara yang sama.

kredit Malaysiapost

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*